BINTULU, Sabtu: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Presiden PBB dan Pengerusi GPS pada pagi Sabtu telah berarak bersama penyokong GPS untuk menemani calon GPS Iskandar Turkee bergerak ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N67 Jepak.
Kurang lebih seribu penyokong GPS telah berarak sejauh satu kilometer dari Wisma WI ke Pusat Penamaan calon dalam suasana panas yang terik.
Antara yang menyertai perarakan tersebut ialah Timbalan Premier, Datuk Premier, Datuk Amar Douglas Ugah Embas dan Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang juga Timbalan Pengerusi PBB dan bertindak sebagai Pengarah Pilihanraya GPS untuk PRK tersebut.
Turut serta juga Timbalan Premier, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Pertandingan membabitkan bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak, Iskandar Turkee dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), bekas anggota polis, Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan ahli perniagaan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).
Pengumuman dilakukan Pegawai Pengurus PRK Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey pada 10.30 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Bintulu hari ini.
Sumber dari : Sarawakku